Resepi Kupang Goreng Kunyit Serai Cili Padi

Resepi Kupang Goreng Kunyit Serai Cili Padi

Resepi

Bahan :

Kupang 2kg (direbus sekejap amik isi sahaja, buang bulu tgh dia cuci bersih gaul garam kunyit)
Bawang merah 6biji kecil dihiris
Bawang putih 6ulas kecil dihiris
15biji cilipadi hijau dipotong2
2biji cilipadi merah pedas dipotong2
Sebiji cili besar merah dihiris nipis
Sedikit halia dihiris
Sebatang serai dirincik halus
Minyak untuk menumis
Kunyit
Garam
Gula
Perasa ajinomoto atau sedap rasa
Air asam jawa sikit...


Cara memasak :


1. Tumis semua bahan hiris sampai garing

2. Masuk kupang yang telah digaul sebati dengan perasa dan air asam jawa

3. Goreng sampai naik bau

SIAP untuk dimakan! ???



Kredit: Zaida Zukhi

Top